MUADZAM SHAH. 10 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah menyantuni Puan Sharipah di Bandar Tun Abdul Razak, Muadzam Shah. Beliau yang kematian suaminya baru-baru ini, perlu dibantu kerana telah hilang tempat bergantung.
Hasil ziarah ke rumah beliau bersama Penghulu Mukim Keratong 1, pihak MUIP dimaklumkan bahawa beliau kini berniaga kecil-kecilan menjual nasi lemak. Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, pihak MUIP menyampaikan set barangan makanan asasi kepadanya selain menyerahkan wang zakat berjumlah RM500.00 ketika sesi ziarah ini.