MUADZAM SHAH. 23 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 23 Jun 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menziarahi penduduk masyarakat asli di Kampung Orang Asli (KOA) Gadak dalam satu program yang dinamakan Program Ziarah Cakna dan Mesra Mahabbah Rehlah.
Dalam program ini, setiap rumah akan dikunjungi bagi tujuan berkenal-kenalan serta bertanya khabar. Mereka juga diberikan buah tangan berupa barangan asas bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang bersama-sama menjayakan program ini iaitu MUIP Cawangan Rompin, JAKOA, Penggerak Masyarakat Orang Asli, PePIMA Muadzam Shah, PePIMA Rompin, dan sukarelawan. Hanya Allah yang mampu membalas segala usaha kebaikan anda semua dengan ganjaran yang sewajarnya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sesiapa yang menyeru manusia kepada petunjuk, maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru manusia kepada kesesatan, maka dia juga turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun.