BERA. 22 Jun 2022 – MUIP menyalurkan bantuan bencana sebanyak RM2,000 dan hamper makanan kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Felda Purun.

Kebakaran yang berlaku pada tengahari tadi kira-kira jam 12.30 telah mengakibatkan rumah milik Pn Hadijah Binti Muhi mengalami kerosakan.

Ketika kejadian Pn Hadijah Binti Muhi tiada di rumah, beliau telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh jiran berhampiran yang ternampak kepulan asap datang dari rumah beliau. Setelah itu, beliau bergegas pulang ke rumah dan mendapati orang ramai telah berjaya memadamkan kebakaran sebelum api merebak ke bahagian lain.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan ruang tamu, dinding, silling, pendawaian elektrik, perabot dan juga peralatan elektrik hangus terbakar. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Diatas keprihatinan, pihak MUIP Cawangan Bera menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Turut hadir bersama, En Sabri Bin Hj Robani (Ketua Kampung), Pegawai JKM Daerah Bera serta kakitangan yang lain.

#muipbera
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakat