JENGKA. 08 April 2022 – MADRASAH DARUL ULOOM JENGKA 11 DILANDA BANJIR KILAT

JENGKA 11, 8 April 2022 : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Jengka hadir ke Madrasah Darul Uloom untuk meninjau kesan banjir kilat yang telah berlaku pada malam 7 April 2022.
“Air sungai naik terlalu mendadak memenuhi kawasan madrasah sekitar jam 8.20 malam dan surut sekitar jam 1.00 pagi”, ujar Al-Fadhil Tuan Mudir Madrasah.
Sebahagian besar kawasan madrasah ditenggelami air dan menyebabkan kerosakan barang-barang dalam kelas pengajian dan dapur.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan secara gotong-royong oleh pelajar dan guru madrasah tersebut.
Pengurus Cawangan Daerah turut menyampaikan hamper barangan keperluan asas kepada pihak madrasah.
Harapan semoga ada jalan bagi menyelesaikan musibah banjir kilat yang dihadapi oleh pihak madrasah.

#MuipJengka
#Pendidikan
#CaknaAsnaf
#BaitulmalPahang
#ZakatPahang #TerimaKasihPembayarZakat