MUADZAM SHAH. 17 Januari 2022 – MUADZAM SHAH, 17 Januari 2022 – Pengurus Cawangan Daerah bersama Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Muadzam Shah menyampaikan bantuan makanan kepada sebuah institusi yang diminta kuarantin disitu. Antara makanan tersebut termasuklah ayam mentah, ikan segar, halia, ikan bilis, sayur-sayuran dan telur.
Selain itu, MUIP juga menyerahkan beras dan set barangan keperluan memasak untuk kegunaan mereka disana. Bersama kita doakan semoga mereka yang dijangkiti wabak covid 19 segera dikurniakan kesembuhan dan negara kita dipelihara dari segala perkara yang tidak diingini.