KUALA LIPIS. 02 Ogos 2021 – Sebanyak 29 buah masjid di daerah Lipis menghidupkan program Dapur Zakat dengan isian semula barangan-barangan makanan keperluan asas bagi keperluan masyarakat qariah masing-masing.
Antaranya Masjid Kampung Relong, Kampung Gua, Kampung Bukit Betong, Kampung Sama, Kampung Kechor Tui, Kampung Samak / Jani, dan lain-lain masjid.
Setiap masjid dibekalkan set hamper bekalan makanan mengikut kepada jumlah permintaan masjid-masjid.
Rata-rata pihak masjid gembira dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan pihak MUIP bagi membantu golongan yang terjejas dan terputus bekalan makanan.
Mereka juga berterima kasih atas keperihatinan MUIP kerana sedia membekalkan barangan makanan dan membantu pihak masjid dalam usaha mengimarahkan masjid yang telah lama suram.
Kita doakan agar wabak Covid 19 ini dilenyapkan dari muka bumi dan keadaan kembali sedia kala.