MUADZAM SHAH. 02 Ogos 2021 –
Muadzam Shah, 02 Ogos 2021- MUIP Cawangan Muadzam Shah menyerahkan sebanyak 54 set barangan keperluan memasak kepada penduduk Ibam melalui Ketua Kampung dan Amil Zakat Fitrah. Semua barangan tersebut bakal dimanfaatkan oleh 54 buah keluarga sekitar kampung ini, yang bertujuan supaya golongan yang kurang berkemampuan terus dibantu oleh MUIP.
Jika masih ada lagi keluarga yang memerlukan barangan seperti ini, segeralah menghubungi pihak MUIP di talian 09-4523324 atau hadir ke pejabat yang beralamat di MM100 Jalan MM8, Medan Mewah, 26700 Muadzam Shah. Oleh kerana barangan ini diperolehi daripada sumber fidyah, maka golongan yang layak menerimanya mestilah dikalangan kategori asnaf fakir atau miskin sahaja.
Selain bantuan ini, MUIP juga turut mengagihkan zakat kepada 8 golongan asnaf sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah At-taubah ayat yang ke-60, termasuklah bantuan rawatan, peralatan kepada pesakit, peralatan berniaga bagi menjana pendapatan, baikpulih rumah, senggara masjid/surau, baucer belian barangan di Pasaraya Darul Makmur, dan sebagainya. Semua ini melalui sumber zakat, pihak MUIP mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat. Anda menjalankan kewajipan sebagai Muslim, dan dalam masa yang sama, anda membantu golongan yang sangat memerlukan.