MUADZAM SHAH. 02 Ogos 2021 – Muadzam Shah, 02 Ogos 2021- Pada hari ini, sebanyak 41 set barangan keperluan memasak diagihkan kepada Kampung Alai dan Lubuk Batu. Semua barangan tersebut akan memanfaatkan 41 buah keluarga dari 2 buah kampung ini, bagi memastikan golongan yang kurang berkemampuan terus dibantu oleh MUIP.
Sekiranya masih ada keluarga yang memerlukan barangan seperti ini, segeralah memaklumkan kepada pihak MUIP, agar tiada seorang pun individu yang layak menerimanya terpinggir. Oleh kerana barangan ini diperolehi daripada sumber fidyah, maka golongan yang diberikan barangan ini mestilah dikalangan kategori fakir atau miskin sahaja.