ROMPIN. 30 Julai 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyantuni seorang tukang baiki sofa dengan menyerahkan bantuan peralatan berupa sebuah Mesit Jahit Industri untuk tujuan jahitan kulit kepada beliau. Penerima berkenaan, Encik Farid Bin Mustafa, 38 merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (Fizikal), dimana kaki beliau pendek sebelah akibat kemalangan jalan raya, tetapi masih gigih berusaha untuk memajukan diri dengan perniagaan membaiki sofa yang diusahakannya. Beliau memerlukan bantuan berkenaan memandangkan beliau kini berpendapatan tidak menentu, serta tidak dapat memenuhi permintaan dari pelanggan akibat kekangan peralatan yang dimiliki. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh Encik Farid dalam usaha beliau untuk meningkatkan lagi pendapatan beliau disamping memajukan diri dan perniagaan beliau.