ROMPIN. 07 Mei 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Mesin Oksigen kepada seorang asnaf pesakit kanser pankreas kronik tahap 4 dari Kampung Padang, iaitu En Ab Rani Bin Awang Su. Penyerahan bantuan berkenaan telah dilakukan oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi di kediaman asnaf berkenaan. Diharapkan agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh asnaf berkenaan.