TEMERLOH. 13 Ogos 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran di Taman Sri Layang Mentakab, kelmarin. Baginda yang tiba pada jam 3.15 petang di sambut oleh Ketua ketua Jabatan dan Agensi Kerjaan serta mangsa yang terlibat di tapak kebakaran. Baginda diberi pencerahan taklimat berkaitan kronologi kebakaran yang di sampaikan oleh Yh. Dato’ Pegawai Daerah Temerloh. Selanjutnya baginda melawat rumah yang musnah terbakar serta memberi kurniaan bantuan wang tunai dan juga hamper makanan kepada 3 keluarga mangsa. Di samping itu, baginda turut perkenan mengurniakan sumbangan wang tunai bernilai Rm 10.00 kepada kanak kanak yang berumur 12 tahun ke bawah yang turut hadir dalam program lawatan baginda tersebut. Sebelum berangkat pulang, baginda mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut dan minta mereka banyak bersabar dan terima ujian yang Allah swt berikan ini. Baginda meninggalkan majlis pada jam 4.00 petang.