PEKAN. 18 September 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada Puan Rosmawati Binti Abdul Rani di Kampung Batu Balik. Rumah mangsa telah mengalami kerosakkan teruk akibat pokok tumbang yang telah menghempap atap bahagian dapur rumahnya dalam kejadian ribut yang berlaku. Namun begitu tiada sebarang kecederaan mengakibatkan penghuni meskipun ketika kejadian itu berlaku semuanya berada di rumah. Bantuan yang disampaikan ini diharapkan dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.