PEKAN. 06 Mei 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Kem Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah Sungai Miang, Pejabat Penghulu Mukim Pekan 1 dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Agas telah bersama-sama bergotong-royong menyelenggara rumah asnaf Puan Kamilah binti Kamaludin di Kampung Tanjung Agas, Pekan yang juga merupakan penerima bantuan zakat bulanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Gotong-rotong ini bagi membaiki kerosakkan bahagian atap dan dapur yang telah mengalami kerosakkan sangat teruk. Kerjasama bersama Kem Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah Sungai Miang adalah selari dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang mahukan Rejimen 505 Askar Wataniah Sungai Miang bersama-sama berjihad membantu golongan asnaf yang memerlukan.Seramai dua puluh orang anggota askar wataniah telah bersama-sama menjayakan gotong-royong yang diadakan dan turut mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Agas. Program seumpama ini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa bagi membantu golongan yang memerlukan di Daerah Pekan.