KUANTAN. 10 Februari 2018 – MUIP Cawangan Kuantan dengan kerjasama PERKIM dan MACMA telah menganjurkan pertandingan Tilawah al-Quran antara golongan muallaf yang menetap di Kuantan. Pertandingan tersebut telah diadakan selama 2 hari pada 10 dan 11 Februari 2018 di Dewan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan. Seramai 30 orang muallaf dari pelbagai bangsa telah menyertai pertandingan ini dan kesemua mereka adalah terdiri daripada pelajar kelas bimbingan fardu ain (Mawaddah) dibawah kelolaan MUIP dan PERKIM.

Pertandingan yang berlansung selama dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan muallaf untuk terus mempelajari ilmu al-Quran.