TEMERLOH. 01 Februari 2018 – Muip Cawangan Temerloh telah menganjurkan 1 program gotong royong di Surau Nur Ahsan bersama masyarakat orang asli di kampung orang asli paya sendayan. Program gotong royong ini diadakan bagi membersihkan persekitaran serta mengecat bangunan surau yang suram menjadi lebih cantik dan kemas. Program ini disertai oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PPMOA JAKIM), Pembantu Penggerak serta masyarakat kampung yang berugama Islam dan bukan Islam. Program diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah bagi menarik minat masyarakat kampung serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Program dihadiri kira kira 100 orang masyarakat kampung yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.