MARAN. 30 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Maran telah mengadakan Program Ziarah Kasih dan Sukan di Perkampungan Orang Asli Bangas,Daerah Maran.Program Bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 7.30 malam.Antara pengisian program seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa,cabutan bertuah dan pertandingan persahabatan bola sepak bersama belia KOA Bangas.Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Maran ( PAID ),Jabatan Kemajuan Orang asli ( JAKOA )Penggerak Jakim dan Pembantu Penggerak MUIP.