PEKAN. 31 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan hari ini telah menyerahkan saguhati pemelukkan Islam dan barangan ibadah kepada seorang Saudara Baharu Islam Asli yang telah memeluk agama Islam. Pemuda yang berasal daripada Kampung Orang Asli Tanah Merah dan kini menetap di Kampung Orang Asli Gumum membuat keputusan untuk melafazkan syahadah setelah mengenali dan memahami agama Islam serta tertarik menjadi sebagai penganut agama Islam. Saudara baharu ini akan terus dipimpin bersama oleh Guru Briged Dakwah Majlis Ugama Islam Dan adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah dilantik dan juga dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan (PAID) serta Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)