PEKAN. 31 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan DaerahPekan telah menziarahi dua buah rumah pesakit kronik yang terlantar di Kampung Kelat Rendang dan Felda Chini 1. Tujuan ziarah ini adalah untuk melihat sendiri keadaan pesakit dan juga bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh pesakit terutamanya kos mendapatkan ubat-ubatan serta perbelanjaan semasa bagi tanggunggan kerana gagal untuk bekerja bagi menyara kehidupan keluarga.