PEKAN. 28 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah bersama-sama Program Tautan Kasih Dan Jururawat Masuk Kampung Bersama Masyarakat Orang Asli RPS Runchang. Sebanyak 52 buah hamper telah disumbangkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah memeluk agama Islam diadakan bertempat di Surau RPS Runchang. Sumbangan ini diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara masyarakat orang asli RPS Runchang dengan pentadbiran ini serta sebagai dorongan untuk terus bersama-sama mengamalkan cara hidup Islam sebenar.