MUADZAM SHAH. 30 Mac 2023 – MUADZAM SHAH, 30 MAC 2023 – Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadhan Perkampungan Orang Asli Daerah Muadzam Shah Tahun 1444H pada malam ini telah diadakan di Surau Kampung Orang Asli Rantau Panjang, Muadzam Shah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penduduk masyarakat asli yang beragama Islam di kampung ini kerana dapat mengimarahkan surau di bulan Ramadhan. Turut bersama dalam program ini adalah Al-Fadhil Qadhi Daerah, Pengurus Cawangan Daerah MUIP Muadzam Shah, Imam 1 Masjid Al-Muadzam Shah, Penghulu, Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Zon Timur, Penggerak Masyarakat Orang Asli serta penduduk setempat.

Sebaik sahaja selesai berbuka puasa, semua jemputan bersama-sama solat maghrib secara berjemaah, mendengar tazkirah, seterusnya solat isyak dan terawih beramai-ramai. Jamuan moreh turut disediakan selepas solat witir.

Semoga dengan program seperti ini, dapat menghidupkan malam di bulan yang mulia selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Moga Ramadhan kali ini kita diberikan kesihatan yang baik supaya dapat beribadah dengan sebaiknya bagi mengumpulkan sebanyak mungkin pahala untuk bekalan di hari akhirat