TEMERLOH. 03 Februari 2023 – Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana bertambah lagi pemeluk agama Allah di muka bumi ini. Pada pagi yang mulia ini, Muhammad Aliff telah mengucapkan kalimah syahadah untuk kembali kepada agama fitrah. Beliau telah menerima pendedahan mengenai kewajipan seorang Muslim oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Temerloh.

Turut disumbangkan kit ibadah bagi kemudahan beliau menjalani ibadah harian. Justeru itu juga, diharapkan beliau terus mendapat bimbingan dan didikan demi membentuk peribadi seseorang beragama Islam.

#muiptemerloh #muallafpahang #caknamuallaf