KUALA LIPIS. 01 November 2022 – Program Taklimat Bantuan yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang serta kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Lipis mendapat respon yang positif daripada peserta.
Peserta taklimat tersebut dihadiri oleh para Penghulu Penggawa serta wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daerah Lipis.
Slot pertama dimulakan dengan penerangan oleh Pegawai JKM daerah Lipis, Encik Hizani, memberi pendedahan dan info-info terbaru berkaitan skim bantuan yang disediakan oleh JKM seperti Bantuan Orang Tua,Bantuan Am dan Bantuan Kanak-Kanak.
Seterusnya, penerangan skim-skim bantuan yang disediakan oleh MUIP kepada para asnaf yang disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman.
Antara bantuan-bantuan yang disediakan pihak MUIP seperti bantuan tunai one off, bantuan tunai dan baucar bulanan, bantuan baik pulih rumah dan sebagainya, dan bantuan ini hanyalah kepada mereka yang tergolong dalam golongan asnaf.
Diharapkan dengan pendedahan seperti ini,akan memudahkan lagi pihak berwajib membantu mereka yang memerlukan dan memberi kefahaman yang jelas kepada pemimpin setempat.