KUALA LIPIS. 01 November 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis bersama-sama PEPIMA Lipis dan Briged Dakwah MUIP hadir ke Kampung Orang Asli Bechah Kelubi,Merapoh bagi melaksanakan aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat.
Bermula jam 10.00 pagi,dimulakan dengan membersihkan kawasan semak samun serta mengutip sampah-sampah yang bertebaran di kawasan rumah penduduk.
Tujuan gotong-royong ini adalah menggalakkan penduduk orang asli kepada kehidupan yang lebih bersih dan selamat serta melatih mereka supaya cintakan kebersihan.
Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur.