MUADZAM SHAH. 07 Ogos 2022 – MUADZAM SHAH, 07 Ogos 2022- Encik Zuraidi yang tinggal di Felda Keratong 4, Muadzam Shah yang menghidapi penyakit kencing manis dan jantung telah menerima bantuan MUIP berupa kerusi roda bagi digunakannya kerana pergerakan yang terbatas.
Selain kerusi roda, beliau turut diberikan wang tunai untuk rawatannya berjumlah RM1,000.00 serta zakat bulanan berupa wang tunai RM400 dan baucer pembelian barangan di Pasaraya Darul Makmur (PDM).
Beliau yang masih mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak ini,sebelumnya bekerja sebagai tukang gunting rambut, kini tidak mampu bekerja. Namun, ada menerima pendapatan daripada hasil sawit arwah ibu bapa yang dikongsi 3 beradik. Beliau juga merupakan salah seorang penerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM500.00.
Pihak MUIP mendoakan agar beliau segera dikurniakan kesembuhan dan sihat sepenuhnya seperti sediakala.