TEMERLOH. 29 Julai 2022 – Alhamdulillah syukur dan terima kasih MUIP atas sumbangan sebuah Van Jenazah bagi kegunaan pengurusan berkaitan di Kariah Masjid Kampung Orang Asli Penderas serta jajaran Kampung Orang Asli Penderas sehingga Kampung Orang Asli Terboi, ujar Shahrul Wizan Sulong, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Orang Asli Penderas.

Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam MUIP, Ustaz Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman mewakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP mengiringi Al Fadil Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Karim Qadhi Daerah Temerloh menyerahkan sebuah van jenazah kepada Yang Beradat Fandi Yunus bin Seman Batin Penderas pada majlis ringkas yang diadakan di perkarangan Surau Kebenaran Jumaat KOA Penderas.

Dalam ucapan Ustaz Aziz beliau bagi pihak Pejabat Agama Islam Daerah mengucapkan jutawan Terima Kasih kepada pihak MUIP kerana telah memberi Sumbangan van jenazah kepada kampung asli penderas. Ini merupakan surau Kebenaran Jumaat kedua selepas surau Kebenaran Jumaat Pantos, Lipis.

Turut hadir bersama Pengurus MUIP Cawangan Temerloh Ustaz Faitullah bin Saadon dan Yang Beradat Batin Awang Kampung Orang Asli Paya Rekoh.

Van Jenazah ini diharapkan dapat membantu penduduk kampung bagi memenuhi tuntutan Fardu Kifayah. Menurut salah seorang penduduk berjaya. Saya rasa sangat gembira kerana kampung dia dapat sebuah van iainya dapat membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan. Terima Kasih kepada pihak MUIP kerana meluluskan Permohonan tersebut.

#UnitPembangunanmodalinsan
#BaitulMalPahang
#ZakatPahang #AsnafZakat #TerimaKasihPembayarZakat