MUADZAM SHAH. 24 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 24 Jun 2022 – Pagi Jumaat hari ini pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menyantuni Encik Azizi yang menetap di Desa Kenanga.
Beliau dikhabarkan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan pergerakannya terbatas untuk bekerja. Sebagai bantuan awal, pihak MUIP menyampaikan barangan asas memasak bagi meringankan beban kewangan beliau.
Pihak MUIP juga mengambil sedikit maklumat latar belakang beliau untuk dinilai bantuan yang diperlukannya. Sesungguhnya nikmat sihat amat bermakna, ia dapat dirasai ketika diuji dengan kesakitan.