TEMERLOH. 22 Jun 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi dan meluluskan bantuan wang tunai kepada Pengurusan Surau Kampung Bangau, Temerloh hari ini.

Dalam kejadian kepala angin yang berlaku pada petang kelmarin, sebatang pokok kelapa telah tumbang dan menghempap surau tersebut. Akibatnya sebahagian atap surau dan van surau mengalami kerosakan.

Bantuan berupa wang tunai telah diluluskan bagi membantu pihak surau membuat pembaikan bagi keselesaan para jemaah kelak.

#CaknaAsnaf #BaitulmalPahang #MuipCawTemerloh #TerimaKasihPembayarZakat