MUADZAM SHAH. 25 Mei 2022 – MUADZAM SHAH, 25 MEI 2022 – Pengurus Cawangan Daerah beserta Pembantu Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke Kampung Rekoh pada hari ini bagi melihat rumah Encik Basri yang dimaklumkan telah siap sepenuhnya dibaik pulih.
Agihan zakat berupa bantuan baik pulih rumah yang berjumlah RM25,105.90 ini diberikan kepada Encik Basri oleh MUIP bagi memberikan kediaman yang lebih selesa dan selamat untuk beliau sekeluarga diami. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka sekeluarga setelah rumah ini siap ditambah baik dan sedia untuk diduduki.
Turut bersama dalam sesi lawatan ini adalah pihak kontraktor yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja baik pulih rumah ini. Encik Basri mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MUIP khususnya kepada semua pembayar zakat Negeri Pahang atas keprihatinan membantu golongan yang memerlukan seperti beliau.