JENGKA. 15 April 2022 – ZIARAH KASIH RAMADAN, MUIP SANTUNI ASNAF

JENGKA, 15 April 2022 – Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Jengka turun ke lapangan untuk menyantuni asnaf dan menziarahi beberapa penduduk Jengka 5 yang di uji dengan masalah kesihatan.

Program Ziarah Kasih Ramadan turut hadir bersama Qadhi daerah Jengka Al-Fadhil Tuan Haji Nik Ibrahim Bin Nik Abdullah, Timbalan Qadhi daerah Jengka Ustaz Ahmad Tajuddin Bin Mat Zin, Pengerusi JPKK Felda Jengka 5 Encik Zamri bin Mat Lazim, Encik Zailani bin Zainudin Pengurus Felda Jengka 5, Ahli jawatankuasa JPKK Felda Jengka 5, Ahli jawatankuasa Masjid Jamek Felda Jengka 5 dan Amil Felda Jengka 5.

Program ini dimulakan dengan menziarahi beberapa keluarga yang di uji masalah kesihatan dan tazkirah Ramadan disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi daerah Jengka serta sumbangan barangan makanan kepada asnaf yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah Jengka Ustaz Nik Ahmad Tarmizi Bin Nik Lam. Asnaf dan ahli qariah di raikan dengan majlis berbuka puasa yang disediakan oleh pihak Masjid. Dengan barakah pada bulan Ramadan semoga hubungan silaturahim antara MUIP Cawangan Daerah Jengka dengan masyarakat setempat terus erat.

#ZiarahKasihRamadan
#MuipJengka
#MuipPrihatin
#AsnafDisantuni
#CaknaAsnaf
#BaitulmalPahang
#ZakatPahang
#TerimaKasihPembayarZakat