MUADZAM SHAH. 11 Mei 2022 – Antara usaha untuk memastikan ketelusan agihan zakat, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan hadir ke rumah pemohon untuk sesi siasatan sesuatu permohonan zakat tersebut.
Sesi siasatan turun padang seperti ini sangat mustahak kerana pihak MUIP dapat melihat sendiri keadaan sesebuah rumah yang mungkin perlu dibaiki atau perlu kepada pembinaan baharu.
Pada hari ini, pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah ke Kampung Meripoh dengan kerjasama Ketua Kampung bagi menjalankan sesi siasatan permohonan satu baik pulih rumah dan satu lagi permohonan bina baharu rumah. Setiap permohonan hendaklah diteliti terlebih dahulu dari pelbagai sudut terutamanya dari segi status tanah samada tanah itu sudah bergeran atau sebaliknya.
Sekiranya tiada isu berbangkit pada masa akan datang, maka tiadalah masalah untuk pihak MUIP meluluskan permohonan zakat tersebut.