MUADZAM SHAH. 09 Mei 2022 – Anak kepada Encik Ridhwan yang baru berusia 3 tahun iaitu Umar Darwisy dimaklumkan bahawa telah disahkan menghidap jantung berlubang. Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke tempat tinggal mereka yang terletak di Felda Keratong 1, Muadzam Shah bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Setelah disemak, surat dari pihak IJN menyatakan bahawa anak pemohon perlu menjalani pembedahan jantung. Kos bagi pembedahan tersebut dianggarkan sebanyak RM30,000.00. Walaubagaimanapun, pihak kementerian kesihatan telah meluluskan bantuan subsidi perubatan sebanyak RM15,000.00 kepada beliau, manakala bakinya yang masih diperlukan adalah sebanyak RM15,000.00 untuk tujuan pembedahan tersebut.
Pihak MUIP akan membantu dengan sebaiknya melalui peruntukan zakat dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.