ROMPIN. 24 April 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan di Kampung Orang Asli (KOA) Batu 8.

Antara pengisian yang diadakan dalam program ini adalah Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah, Tazkirah Ramadhan, serta jamuan moreh bersama saudara baharu di KOA berkenaan.

Program ini turut mendapat kerjasama dari Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin, serta Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Daerah Rompin.

Program yang diadakan pada setiap hari Selasa sehingga Jumaat bermula minggu kedua bulan Ramadhan ini akan diteruskan sehingga minggu ke empat bulan Ramadhan.

Semoga dengan pelaksanaan Program Ihya’ Ramadhan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan saudara baharu di daerah ini untuk menghayati bulan Ramadhan disamping mengeratkan lagi hubungan antara mereka serta agensi-agensi agama yang terlibat.