KUALA LIPIS. 07 April 2022 – Saudara Daniel Shahrizat Sharimin telah melafazkan syahadah di hadapan Ustaz Aismat Abu Bakar,selaku Pegawai Dakwah Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis baru-baru ini.
Beliau memlih islam sebagai pegangan hidupnya dengan tanpa paksaan mana-mana pihak.
Di samping itu juga,pengaruh rakan-rakan yang beragama islam dan persekitaran hidup juga faktor beliau memlih islam.
Daniel adalah berasal dari masyarakat asli dari etnik semai,berusia 19 tahun dan berstatus bujang.
Pihak MUIP mendoakan agar saudara Daniel sentiasa diberkati Allah serta kekal istiqamah di dalam agama islam dan bersabar walau perbagai dugaan dihadapi.