MUADZAM SHAH. 22 April 2022 – Pada kali ini, Penolong Pegawai Dakwah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah memimpin solat terawih bersama masyarakat Islam Kampung Orang Asli (KOA) Rantau Panjang, Muadzam Shah.
Turut hadir bersama adalah Pembantu Operasi MUIP Cawangan Muadzam Shah. Surau KOA ini terletak agak jauh dari jalan utama Muadzam-Kuala Rompin, walaubagaimanapun, laluan menuju ke sana tidaklah sesukar seperti sebelum ini kerana jalannya telah diturap dengan tar.
Pihak MUIP berbesar hati menyediakan peruntukan kewangan bagi pengimarahan surau ini sepanjang bulan Ramadhan, sebanyak RM2,000 wang zakat diluluskan bagi tujuan tersebut.