TEMERLOH. 20 April 2022 – MUIP Cawangan Daerah Temerloh bersama-sama pihak JAKOA telah meninjau cadangan tapak di perkampungan asli Pasu Kuala Krau untuk membangunkan sebuah surau khas untuk seluruh komuniti Islam kampung tersebut.

Tapak tersebut telah diniatkan oleh tuan tanah tersebut untuk membina sebuah surau sejak sekian lama dalam perancangannya. Di samping itu, hajat baik tuan tanah tersebut demi kebaikan penduduk Islam di kampung Pasu, maka beliau bersetuju membenarkan tanah beliau didirikan surau.

Diharapkan proses ini dipermudahkan dengan mengikut segala piawaian serta kebenaran yang diperlukan oleh MUIP dan JAKOA.

#MuipCawanganTemerloh #CaknaDakwah #BaitulMalPahang #TerimaKasihPembayarZakat