TEMERLOH. 21 April 2022 – Program berbuka puasa bersama penduduk Islam Kampung Orang Asli Paya Sendayan telah merakamkan majlis yang penuh keberkatan apabila dapat meraikan bersama-sama nikmat berbuka puasa bersama mereka.

Sejak 2 tahun dunia mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syukur ke hadrat ilahi serta dengan izin-Nya, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran yang amat menggalakkan.
Program berbuka puasa ini dimeriahkan dengan majlis tahlil arwah, iftar, tazkirah ringkas, solat fardhu secara berjemaah dan agihan bantuan tahunan kepada para penerima.

Sebesar-besar penghargaan kepada agensi yang terlibat dan penduduk Islam kerana dapat memeriahkan majlis ini di samping dapat mengimarahkan Surau Nur Ahsan, Paya Sendayan yang sudah lama siap dibaik pulih.

Semoga dengan sedikit pengisian dan majlis ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah serta memantapkan rohani.

#MuipCawanganTemerloh #CaknaDakwah #BaitulMalPahang #TerimaKasihPembayarZakat