MUADZAM SHAH. 21 April 2022 – Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah mengagihkan zakat berupa wang tunai di Kampung Orang Asli (KOA) Mikang.
Sebanyak RM8,700.00 disediakan kepada 8 orang kategori muallaf dan 11 orang bagi kategori saudara muslim. Turut hadir bersama MUIP ketika agihan ini adalah Amil Zakat Fitrah yang menjalankan tugasannya mengutip fitrah di kampung ini.
Agihan zakat yang telah berlangsung di Surau Kampung Mikang ini telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Pihak MUIP mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program agihan pada hari ini, semoga program ini dilimpahi rahmat dan kebaikan.