KUALA LIPIS. 05 April 2022 – Masjid RPS Merapoh mengalami rekahan di bahagian siling selepas pembinaannya tidak mengikuti spesifikasi yang tidak ditetapkan.
Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) bersama-sama Jabatan Kerja Raya,Pejabat Agama Islam Lipis baru-baru ini hadir memantau dan melihat keadaan siling tersebut selepas menerima aduan daripada pengerusi masjid.
Siling ruang depan solat tersebut telah dibina sekitar 6 tahun yang lalu dan ketika ini dimaklumkan apabla hujan,air akan menitik ke dalam masjid melalui aliran rekahan tersebut.
Pengerusi Masjid Merapoh,Mohd Fodzi berkata ” ruang solat ini dibina sebelum beliau dilantik sebagai pengerusi masjid lagi,dan keadaanya ketika ini agak bahaya kepada jemaah memandangkan rekahannya semakin banyak ”.
Buat masa ini pihak JKR memaklumkan siling dan ruang solat tersebut tidak selamat untuk digunakan bagi masa akan datang kerana dibimbangi siling tersebut akan runtuh akibat rekahan tersebut.