TEMERLOH. 13 April 2022 – MUIP Cawangan Daerah Temerloh bersama Ustaz Fairuz Hisham, Yayasan Al Fateh Temerloh telah menziarahi seorang saudara baharu yang dilaporkan memerlukan bantuan disebabkan suami belum mendapat pekerjaan dan mengalami kesempitan hidup.

Nur Huda merupakan saudara baharu yang kini menetap di Taman Sri Kemuning bersama anak-anaknya dan suami. Pihak MUIP Temerloh telah menyumbang 1 set hamper fidyah berupa barang asasi makanan dan bantuan kecemasan bagi menampung keperluan harian. Moga Nur Huda sekeluarga terus cekal menjalani kehidupan.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat