TEMERLOH. 13 April 2022 – Setinggi-tinggi syukur pada Allah SWT dengan limpah kurnianya atas keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, seorang hamba Allah telah kembali pada agama fitrah iaitu Islam dengan penuh kerelaan hati dan tertarik dengan Islam.

Pada minggu sebelumnya, anak,menantu serta cucunya telah memeluk Islam di Pejabat Muip Temerloh.

Beliau telah memilih Vijaya Kumar Bin Sanasy sebagai nama Islamnya. Beliau telah diberi pendedahan ringkas mengenai Islam oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh.

#caknaasnaf #caknadakwah #muiptemerloh #baitulmalpahang # terimakasihpembayarzakat

Pihak MUIP Temerloh mendoakan agar beliau kekal dalam Islam hingga ke akhir hayat hendaknya.