MUADZAM SHAH. 14 April 2022 – MUADZAM SHAH, 14 April 2022 – Bukanlah suatu masalah bagi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah apabila sesi siasatan permohonan zakat ke rumah asnaf perlu melalui laluan jambatan gantung.
Ini terbukti setelah Pengurus Cawangan Daerah beserta Pembantu Hal Ehwal Islam dan Pembantu Tadbir Kewangan menyeberangi sungai untuk tiba di rumah asnaf meskipun laluan di pertengahan jambatan gantung itu sedikit berhayun.
Dengan membawa buah tangan berupa set barangan keperluan memasak, asnaf tersebut disantuni oleh pihak MUIP. Bantuan zakat yang seterusnya akan diagihkan kepada asnaf ini setelah beliau melengkapkan borang permohonan agar bantuan yang diberikan itu nanti tepat berdasarkan keperluan utama yang mereka perlukan dan berekod.
Tidak syak lagi bahawa wang zakat banyak membantu golongan yang memerlukan, teruskanlah berzakat. Disamping kita menunaikan kewajipan sebagai Muslim, golongan asnaf terus terbela. Terima kasih kepada semua pembayar zakat Negeri Pahang.