MUADZAM SHAH. 14 April 2022 – Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah bersama Sohibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang menjemput Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menghadiri sesi lawatan tapak bagi cadangan pengalihan kubur lama Kampung Aur ke tanah perkuburan Islam baharu.
Ini bertujuan untuk memberi laluan pembinaan jambatan baharu Kampung Aur. Turut hadir bersama ketika sesi perbincangan ini tadi selain Pengurus Cawangan MUIP, Timbalan Mufti, dan Al-Fadhil Qadhi Daerah adalah waris-waris kepada kubur lama, Pengerusi MPKK Kampung Aur, Penghulu Mukim Keratong 2, kakitangan JKR Rompin, kontraktor serta Pengerusi masjid.
Semoga urusan pembinaan jambatan baharu itu nanti berjalan lancar dan memberi banyak manfaat kepada orang ramai khususnya penduduk di Kampung Aur.