MUADZAM SHAH. 14 April 2022 – Isteri kepada Encik Sulong yang menghidap kanser limfoma diziarahi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah di rumah mereka yang terletak di Desa Keratong Indah, Muadzam Shah.
Isterinya menerima rawatan secara percuma di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka. Pihak MUIP juga dimaklumkan bahawa beliau diberikan bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Set barangan keperluan memasak diserahkan ketika sesi ziarah tersebut. Moga dapatlah sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka sekeluarga.