MUADZAM SHAH. 12 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke Desa Mawar menyantuni seorang pesakit diabetis iaitu Encik Khairul dirumahnya.
Rentetan penyakit yang dihadapinya itu, beliau tidak dapat bekerja akibat luka yang berpanjangan di bahagian dua belah tapak kakinya. Pihak MUIP juga turut bertanya khabar ibunya yang uzur akibat faktor usia.
Semoga mereka yang sakit, disegerakan kesembuhan untuk mereka, diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu dan diangkat darjat mereka disisi Allah SWT.