MUADZAM SHAH. 13 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke rumah Encik Nairol Azman di Felda Keratong 3 bagi meneliti apakah bantuan yang sesuai diberikan kerana beliau dimaklumkan menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir.
Sebelum ini, beliau bekerja di pelabuhan, namun kini tidak mampu bekerja disebabkan masalah kesihatan. Pihak MUIP bersimpati dengan beliau yang masih mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan seorang isteri yang bekerja sebagai pembantu kedai.
Sebelum pulang, pihak MUIP menyampaikan set barangan keperluan memasak kepada ayahnya, memandangkan ketika itu beliau tiada di rumah kerana sedang menjalani rawatan dialisis.