ROMPIN. 13 April 2022 – Seorang pesakit buah pinggang yang kini terlantar iaitu Cik Norshaakirah Binti Ibrahim, 21 dari Telok Gading telah menerima bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi bernilai RM 2775.00 dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Beliau yang disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir sejak tahun lalu, telah menerima bantuan peralatan perubatan berkenaan yang disampaikan oleh  pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin di kediamannya di Taman Wawasan, Telok Gading.

Beliau kini masih berada di bawah tanggungan bapanya Encik Ibrahim Bin Darus, 50 yang juga merupakan penerima Bantuan Bulanan MUIP di daerah Rompin.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Cik Norshaakirah dan ahli keluarga beliau dalam menguruskan urusan kehidupan seharian beliau.