KUALA LIPIS. 17 Januari 2022 – Sekolah agama seterusnya yang menerima bantuan pendidikan di daerah Lipis adalah Sekolah Menengah Agama At-taukiah Al-asriah Tanjung Besar, Lipis.
Penerima seramai 74 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 5,lelaki dan perempuan.
Setiap seorang menerima RM 100 dan penyerahan bantuan pendidikan disampaikan oleh Pengurus MUIP cawangan Lipis pagi tadi.
Harapan pihak MUIP kepada para pelajar agar terus belajar bersungguh-sungguh dan istiqamah, serta membesarlah dengan aliran ilmu yang betul.