KUALA LIPIS. 15 Januari 2022 – Sekitar lebih 500 pelajar menerima bantuan pendidikan yang disumbangkan oleh pihak MUIP kepada Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis.
Penyerahan disampaikan di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku pada jam 10.00 pagi dan di akhiri pada jam 11.00 pagi.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MUIP di atas keperihatinan dan bantuan yang diberikan.
Bantuan Pendidikan ini adalah bertujuan memberi semangat dan galakkan kepada para pelajar dalam menuntut ilmu, dan juga mereka adalah di dalam kategori asnaf yang layak menerima zakat.