TEMERLOH. 24 September 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh bersama unit teknikal MUIP hari ini telah menziarahi 3 buah keluarga asnaf di Kuala Krau Temerloh bagi melihat keadaan rumah kediaman mereka yang dhaif dan uzur bagi penilaian kos untuk bantuan baikpulih rumah dari pihak Muip.

Ziarah ini bertujuan untuk melihat keadaan rumah asnaf yang memohon bantuan daripada Muip melalui borang permohonan bantuan zakat yang telah di hantar ke pejabat.

Muip juga telah melihat dari semua aspek bagi membantu pemohon untuk mendapat bantuan yang selayaknya.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf