TEMERLOH. 21 September 2021 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah membuat serahan rumah asnaf yang siap baikpulih pada petang selasa. Puan Siti Zaharah bt Abdullah mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih di atas bantuan yang diberikan.

Rumah beliau sebelumnya tidak sempurna kerana suaminya telah meninggal dunia dan beliau tidak mampu untuk menyiapkan rumahnya tersebut.

Beliau yang merupakan seorang balu tinggal menyara 2 orang anak dan salah seorang anaknya mengalami masalah kesihatan mental.

Semoga bantuan yang di berikan dari peruntukan zakat ini memberi keselesaan untuk berteduh kepada beliau sekeluarga.

#muiptemerloh #caknaasnaf #muippahang